11.15.2013

Wacan ndalu

> sayidina Hassan Dan Pemuda Badwi
> Saiyidina Hassan bin Ali r.a., adalah seorang tokoh
> Islam yang sangat dicintai oleh umat Islam.
> Sebagai seorang cucu Rasulullh saw. beliau adalah
> ibarat permata di zaman hidupnya kerana memiliki
> budi pekerti yang mulia dan terpuji.
> Pada suatu hari sedang Saiyidina Hassan duduk di
> muka pintu rumahnya, tiba-tiba datang seorang
> pemuda badwi, lalu mencacinya dan juga kedua
> ibu bapanya. Anehnya, Saiyidina Hassan hanya
> mendengar sahaja tanpa sedikit pun berubah air
> mukanya, atau membalas kata-katanya itu.
> Saiyidina Hassan berkata kepada orang itu: "Wahai
> badwi, adakah engkau lapar atau dahaga? atau
> adakah sesuatu yang merungsingkan hati engkau?."
> Tanpa mempedulikan kata-kata Saiyidina Hassan,
> badwi itu terus memaki tanpa sebab.Oleh itu
> Saiyidina Hassan pun menyuruh pembantu
> rumahnya membawa wadah yang berisi uang perak
> lantas diberikannya kepada badwi itu dan berkata:
> "Wahai badwi, maafkanlah saya. hanya Inilah yang
> saya miliki. Jika ada yang lebih tidak akan saya
> sembunyikannya dari padamu."
> Akhirnya Badwi itu menangis teresak-esak lantas
> menangis di kaki Saiyidina Hassan dan berkata:
> "Wahai cucu baginda Rasulullah saw. maafkanlah
> aku kerana berlaku kasar terhadapmu. Sebenarnya
> aku sengaja melakukan begini untuk menguji
> kebaikan budi pekertimu sebagai cucu baginda
> Rasulullh saw. yang aku kasihi. Sekarang yakinlah
> aku bahawa engkau mempunyai budi pekerti yang
> mulia sekali."
> subhanallah...
> --
> Sent from my Android device with K-9 Mail. Please excuse my brevity.
>

Tidak ada komentar:

Posting Komentar